TEKAN CTRL + UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS

Wednesday, December 2, 2009

Disebalik H1N1

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group
."

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.


Hishamuddin Rais

Sunday, July 12, 2009

Jangan Jatuhkan Kelantan

“Melihat kepada usaha-usaha Islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.

Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.”



Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin



Dipetik dari blog Dr Asri

Friday, July 10, 2009

Anak Melayu Juara Bartending Championship

Apa itu bartender?

Secara umumnya bartender adalah pekerjaan menyediakan minuman di bar, sama ada yang beralkohol atau tidak beralkohol. Bagi minuman beralkohol, seseorang bartender bertanggung jawab menyediakan beer, wine atau liqour…kalau tanpa alkohol tu serve air gas lah macam Coke dan lain-lain. Tapi selalunya kalau setakat mamak yang buat teh tarik tu takdelah orang panggil bartender, lawaklah pulak bunyinya.



‘Kehebatan’ seseorang bartender selalunya diukur melalui kemampuannya mencampur berpuluh-puluh jenis minuman dengan baik dan kecemerlangannya membuat persembahan seperti membaling, melempar, memusing botol-botol arak di bar sebelum menuangkannya ke dalam gelas pelanggan.



So baru-baru ini Persatuan Hotel Malaysia menganjurkan National Flair Bartending Championship di Bangsar Village II.



Nak tahu siapa pemenang pertama, kedua dan ketiga? Semuanya Melayu okkkkk!!!



Fikir-fikirlah apa yang akan kita lalui selepas ini. Sesungguhnya setiap amal itu akan dihitung oleh malaikat, dan akhirat kelak kita akan nikmati hasil yang kita usahakan pada hari ini. Baik buruk telah kita diajarkan maka pandai-pandailah bawa diri. Ibnu Tarmizi dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan:



“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.”

OBAMA-NAJIB : Apa yang dibualkan?


Media heboh Barrack Obama, Presiden Amerika menghubungi Najib melalui panggilan telefon, kononnya begitu penting Najib di mata Obama hingga apabila ada masalah Obama terpaksa hubungi Najib melalui panggilan telefon untuk berbincang.


Klik sini untuk membaca pembohongan tersebut.

Ini semua satu pembohongan!! Semuanya terbongkar apabila dua akhbar Korea berbahasa Inggeris mendedahkan mengenai bagaimana Amerika memberi amaran kepada Malaysia mengenai penglibatan bank Malaysia dalam transaksi senjata melibatkan Kerajaan Komunis Korea Utara dan Kerajaan Regim Junta Tentera di Myanmar.

Akhbar Korea Herald menyatakan,

Philip Goldberg, the U.S. coordinator for the implementation of a U.N. Security Council resolution that punishes North Korea for its May 25 nuclear test, is scheduled to arrive in Malaysia on Sunday.

The visit comes after the White House said late last month that U.S. President Barack Obama discussed North Korea and financial regulations with Malaysia's Prime Minister Najib Razakon by phone.

Najib mungkin 'terkencing' ketika dihubungi Obama tetapi masih cuba melindungi bank Malaysia itu. Persoalanya kenapa Najib begitu bersungguh melindungi bank Malaysia itu... Adakah Bank itu 'CIMB' yang kini dimiliki oleh adik kesayangannya Dato' Seri Nazir Razak?

Di bawah Abdullah Badawi, negara berisiko apabila SCOMI syarikat anaknya terlibat meraih keuntungan dengan terlibat dalam pembekalan alat senjata nuklear dengan rangkaian penganas dan ia dilindungi Abdullah. Kini nampaknya tidak jauh beza dengan Najib. Apabila untung ratus juta keluarga Perdana Menteri sapu tetapi bila risiko rakyat yang tanggung.

CIMB juga sebenarnya terlibat dalam memberi kontrak kepada sebuah syarikat komputer yang berpengkalan di Israel dimana syarikat tersebut terlibat secara lansung dalam persenjataan pertahanan Israel yang membunuh orang Palestin. 

Thursday, July 9, 2009

INFO: Kelemahan PPSMI


  • Peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi subjek Sains dan Matematik.

  • Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada 2008 mencapai tahap profisiensi.

  • Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus sekolah luar bandar.

  • Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 untuk subjek Matematik bagi murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus, luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

  • Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam subjek Sains dan Matematik semakin melebar.    

  • Sumber: Berita Harian

    PPSMI MANSUH 2012 - Abaikan Tun Mahathir!



    Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


    Rata-rata meluahkan rasa kecewa kerana rata-rata berpendapat keputusan itu adalah kurang daripada yang diharapkan dan ia melengah-lengahkan apa yang patut disegerakan. Mengapa dasar bebal ini akan berkuatkuasa pada 2012 dan bukannya serta merta mulai tahun hadapan? Kenapa perlu menunggu hampir tiga tahun?



    Sepatutnya PPSMI itu dari mulanya tidak dilaksanakan sama sekali. Sebaliknya selepas berbelanja lebih dari RM4 bilion untuk melaksanakannya dan setelah didesak oleh pelbagai pihak barulah kini Kabinet putuskan untuk memberhentikannya.


    Sudahlah PPMSI dilaksanakan serta-merta tanpa sebarang kajian dan tanpa perundingan ramai. Kenapakah apabila hendak ditamatkan perlu dilengah-lengahkan?



    Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara. Selain memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang mengepalai demonstrasi besar itu, tokoh sastera Datuk A Samad Said membantah dasar itu - mencipta rekod bantahan golongan budayawan Melayu.



    Sudah kita ketahui orang yang paling marah dalam isu ini ialah Tun Mahathir. Beliaulah pelopor PPSMI, yang berkeinginan untuk memastikan anak bangsa dapat bertutur dengan fasih dan lancar dalam English, tapi kenapa agaknya Tun merencanakan tujuan tersebut dengan menggunakan Sains dan Matematik? Sampai saat ini cuba kita perhtikan, anak-anak kita yang ditahun 6, sudah 6 tahun di kelas PPSMI tapi malangnya gagal untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris, tapi dalam peperiksaan mereka agak berjaya (soalan dwibahasa) maknanya tidak kemana daya fikir mereka untuk pengusaaan Bahasa Inggeris.



    Kepada TPM yang merangkap Menteri Pelajaran, dipohonkan juga agar buatlah kajian sejauh mana kekuatan Kementerian untuk melaksanakan dan mewajibkan lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM. Bahasa Malaysia pun masih ramai yang gagal di luar sana. Janganlah jadi macam PPSMI juga, yang rugi bukan orang lain, berfikirlah untuk masa depan generasi kita. Buatlah research, fikirlah secara mendalam dan bermuafaklah setiap dasar yang dicadangkan. Sekali lagi yang ruginya orang Melayu juga.



    Walaupun dalam tempoh 3 tahun akan datang keputusan ini masih boleh diubah namun keputusan hari ini adalah yang terbaik dalam sejarah pendidikan negara. Ingatlah catatan terbaik ini akan menjadi hina dan kotor jika ada sifat dolak-dalik selepas ini. Ini amaran kepada pembuat keputusan yang ada kaitannya dengan kepentingan bahasa dan umat melayu - jangan main-main atau jangan berpolitik murahan. Keputusan ini adalah muktamad!



    Rentetan pelaksanaan PPSMI



    19 Julai 2002 - mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).



    Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah.



    Januari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah.



    Januari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah.



    Mac 2009 - lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.



    Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.



    Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."



    Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.



    Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara".



    Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."



    Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansukan sepenuhnya pada 2012.

    Surat Tuan Guru kepada Najib


    (S)16/7/(21) 9 Rejab 1430 / 2 Julai 2009

    Yang Amat Berhormat
    Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
    Perdana Menteri Malaysia
    Jabatan Perdana Menteri
    Bangunan Perdana Putra
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62502 PUTRAJAYA

    Assalamualaikum WM WB.

    Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara.

    YAB Dato Seri,

    Cadangan Mengadakan Debat Ilmiah Isu UMNO Parti Menolak Islam

    Dengan segala hormatnya, di maklumkan bahawa saya ada menerima khabar tentang laporan polis yang dibuat oleh anak buah di Kelantan Dato’ Seri berhubung dengan perkara di atas. Pada dasarnya, saya lebih banyak berlapang dada.

    Mengikut laporan, kononnya saya telah menghasut dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti yang sesat. Di sini, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa “mana-mana faham yang menolak Islam (termasuk UMNO) – sememangnya kita panggil ajaran sesat”. (lihat Utusan Malaysia muka surat 6, 27 Jun 2009).

    Sebagai penjelasan, mari kita mulakan begini. Pertama, dunia ini bukan dibuat oleh manusia atau terjadi sendiri. Ia ada penciptanya dan tuannya yakni Allah. Oleh sebab itulah kita tidak boleh buat pandai-pandai, melebihi dari apa yang menjadi kehendak “Tuan Punya” yang menjadi tuan rumah kepada seluruh alam ini.

    Kedua, al-Quran menetapkan bahawa manusia, tanpa mengira bangsa , bahasa dan keturunan adalah menjadi khalifah-Nya. Kepada manusia pertama iaitu Adam ‘alaihissalam, Allah SWT telah menetapkan bahawa sebarang perbalahan yang berlaku di antara anak buah kamu (lihat sebahagian surah al-Baqarah Ayat 36) akan menjadi reda dan tenang (lihat pula sebahagian Surah al-Baqarah Ayat 38)sekiranya kamu menuruti hidayah-Ku. Atau, maksud kedua-dua perkara ini ada dirangkumkan dengan penuh didalam surah Thoha yang bermaksud, “Allah berfirman:turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama , sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka, jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk dari-Ku, ia tidak akan sesat dan celaka.”(Lihat surah Thoha Ayat 123). Ini adalah benda yang menjadi tugas utama yang amat penting para Nabi sejak daripada zaman berzaman termasuk Nabi Muhammad SAW.

    Nabi SAW mewajibkan kita membaca Fatihah dalam sembahyang. Di dalam Fatihah, telah ditetapkan tiga perkara pokok. Satu laluan yang betul dan dua yang salah. Ayat “si ro thollazi na an ‘am ta ‘alai him” yang menuntut jalan yang lurus adalah betul manakala ayat “ghoiril maghdhu bi ‘alaihim waladdhol liin” adalah yang salah seperti yang di maksudkan. Aneh, bahkan silapnya Umno ialah Umno tolak yang betul iaitu “siro thollazi na an ‘am ta ” yang menjadi jalan Nabi-Nabi iaitu menolak Islam dan mengambil sistem sekular barat yang tidak pasal-pasal menimbulkan pecah-belah teruk di kalangan seluruh orang Melayu dan orang Islam bukan Melayu di Malaysia. Ini termasuk jugalah perpecahan antara orang Islam dan Non –Islam di negara kita.

    Lebih buruk apabila semuanya ini menjadikan orang-orang yang belum Islam terkapai-kapai; yang mana yang sebenar samaada Islam atau sekular. Hasil daripada inilah saya rasa sudah sampai masanya untuk mengajak Presiden Umno yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini bersemuka dengan saya di atas dasar “waja dil hum billati hiya ahsan” yang bermaksud, “serulah manusia pada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik “(Sebahagian dari maksud surah an-Nahl Ayat 125).

    Persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah kenapa Umno tolak Islam sedangkan Islam adalah jalan yang bersifat “siro thol mustaqiim”? Bahkan, sikap Umno melawan PAS sedangkan PAS yang ditubuhkan sejak 1951 meletakkan Islam sebagai dasar adalah sebuah kekeliruan yang cukup dahsyat. Pegangan Umno yang menolak jalan yang lurus inilah yang saya ertikan sebagai boleh membawa kepada perpecahan dan kesesatan.

    Menyamakan atau membandingkan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan UMNO yang menolak Islam adalah sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah. Ini penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. Jauh dari segi maudhu’, ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan. Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu (UMNO) itu juga turut sesat?

    Seperti yang kita sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia. Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan. Begitu juga dengan debat antara calun-calun Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta yakni antara regu Susilo Bambang Yudhono/Boediono, Megawati Soekarnoputri/Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla/Wiranto.

    Jika di Eropah dan negara negara demokrasi yang lain, debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah? Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima. Dunia demokrasi yang sekular; mana ada pedulikan masalah aqidah dan

    Persoalan “sesat tak sesat”? Soal sesat atau tidak, ini istilah ugama. Ini bukan isu perlembagaan dan undang-undang.

    Sesat seperti yang terdapat di hujung surah al-Fatihah (adho- Lliin) bererti dholalah yakni tidak bertemu atau berjumpa jalan.Kita perlu sama-sama sedar bahawa jalan yang boleh diharap hanyalah jalan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ini persoalan “huda llil muttaqiin” yakni jalan yang menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (lihat sebahagian maksud al-Baqarah Ayat 2). Tak turut jalan inilah apa yang dipanggil sesat.
    Tidak timbul sama sekali soal menghasut atau mencetuskan keresahan. Ini isu ugama sepenuhnya. Ini persoalan teguran dan dakwah.

    Demi mencari kejernihan dan menghentikan polemik, saya mohon mencadangkan sebuah debat ilmiyyah dianjurkan dalam tempoh terdekat kearah menjelas dan merungkai segala kemusykilan dari kedua-dua perspektif parti bertajuk “kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS”; tidak lebih daripada itu. Insya Allah, saya bersedia untuk bersama Dato’ Seri Perdana Menteri dalam majlis berkenaan tanpa meletakkan sebarang syarat. Lantiklah mana-mana mufti atau salah seorang sarjana yang faqih lagi amanah, baik dari dalam mahupun luar Negara untuk menjadi pemudah cara yang adil bagi tujuan ini. Tempat yang sesuai boleh ditetapkan oleh pihak Dato’ Seri, baik di Kuala Lumpur atau di mana-mana. Hari dan masa juga adalah mengikut kelapangan dan keselesaan YAB. Saya boleh mematuhi kepada apa jua ketetapan asalkan Dato’ Seri bersedia untuk bersama dalam sebuah rapat ilmiyyah untuk dibuat siaran langsung demi manfaat Negara.

    Seluruh rakyat akan menjadi hakim di atas pelbagai sandaran yang saya maksudkan ketika mengatakan apa yang telah saya sebut mengenai fenomena UMNO dengan persoalan kesesatan ini.

    Jadi, sekali lagi saya dengan ikhlas mengangkat cadangan ini agar sudilah apa kiranya YAB. Dato Seri menerima pelawaan ini mengikut kesesuaian tarikh Dato” Seri demi kebaikan bersama. Semoga diizinkan Allah. Terima kasih, Wasalam.

    Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

    Wednesday, July 8, 2009

    Pesanan Tuan Guru kepada Najib


    Tugas saya sebagai seorang pendakwah ada tiga cara; pertama: ajak manusia dengan cara bilhikmah (kebijaksanaan), macam saya mentadbir sesebuah negeri mengikut cara Islam; kedua dengan nasihat, melalui ceramah, usrah, kuliyah, siaran internet dan yang terakhir ialah secara mujadalah (debat). Kalau tak mahu tak apa, selesai dah kerja saya.


    -Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz b. Nik Mat

    Roh MJ berkeliaran??


    Peminat-peminat Raja Pop, Michael Jackson kini berdebat sama ada satu bayang seperti lembaga hantu yang muncul ketika satu siaran stesen televisyen CNN disiarkan secara langsung itu merupakan roh penyanyi berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

    Satu lembaga dilihat bergerak di koridor rumah Michael iaitu Neverland Ranch di Santa Barbara di sini tetapi ketika itu ia tidak disedari oleh jurukamera dan pengacara siaran CNN.

    Lembaga itu kemudian hilang ketika stesen televisyen CNN membuat liputan berhubung rumah Michael itu.

    Liputan itu berjudul Inside Neverland yang menyiarkan temu ramah dengan abang Michael, Jermaine Jackson.

    Peminat-peminat Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika dia masih hidup berdebat di laman web sama ada hantu Raja Pop itu yang berjalan menuju dalam rumah itu atau ia cuma merupakan bayang-bayang.

    Salah seorang peminat Jacko berkata dalam satu laman web: “Ia pastinya bukan satu bayang-bayang, Tidak ada sesiapa pun di sana (rumah Jacko) yang membuat bayang-bayang.”

    Seorang lagi peminat memberitahu: “Kemungkinan ia (lembaga itu) ialah Michael bagi memberitahu kita bahawa dia masih lagi bersama kita tetapi dalam bentuk roh.”

    Bagaimanapun, terdapat peminat yang tidak mempercayai kewujudan hantu Jacko.

    Menurut seorang lagi peminat, lembaga itu terlalu tinggi untuk kelihatan seperti Jacko.

    Imej itu turut disiarkan di laman web YouTube sekali gus tersebar dengan cepat di Internet.


    Tuesday, July 7, 2009

    UKHWAH : Kata Kuncinya


    Apa yang peliknya dengan PAS. Apa yang hebatnya dengan PAS. Apa yang PAS ada tetapi tidak terdapat di parti-parti lain terutama UMNO.

    Dalam UMNO, sesiapa menang akan menang semua. Siapa yang kalah, alamat balik awallah. UMNO memang mengamalkan politik 'winner takes all'.

    Yang membezakan PAS dengan UMNO ialah 'UKHWAH'.


    PAS pun, kalau hilang 'UKHWAH' di suatu hari akan 'hancur' juga.

    Rapatkan saf dan jalinkan 'UKHWAH' sesama ahli.

    Apabila kedua tangan bersalaman, maka bertempiaranlah syaitan penuh benci dan menangis kecewa kerana gagal merobekkan UKHWAH ISLAMIYYAH yang terjalin erat.

    Dua Situasi Berbeza di Manek Urai

    1 MALAYSIA - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

    Inilah cara yang ditunjukkan oleh pimpinan UMNO/BN, bagaimana mendahulukan rakyat dan bagaimana menjimatkan perbelanjaan “demi rakyat”…

    Ketika rakyat Malaysia bersesak-sesak di sini…


    Para pimpinan UMNO/BN pula berada disini…

    Credit to Topeng Perak

    Sekitar Hari Penamaan Calon DUN Manek Urai









    Sunday, July 5, 2009

    Newcastle United bakal milik Ananda Krishnan?






















    Billionaire Malaysia dan Orang Ketiga Terkaya di Asia Tenggara, Ananda Krishnan dilaporkan berminat untuk membeli kelab Inggeris Newcastle United dalam bidaan sebanyak £80 juta (RM460.6 juta).


    Ananda yang memiliki Maxis Communication, Tanjung plc (judi), Measat dan Astro menghampiri perjanjian untuk mengambil alih "Toon" dari Mike Ashley dan dijangka akan diumumkan secara rasmi minggu depan.

    Newcastle United akan bermain dalam Liga Championship Coca Cola musin hadapan selepas tersingkir dari Liga Perdana Inggeris. Kelab ini berada di kedudukan 18 dari 20 pasukan musim lepas.

    Friday, July 3, 2009

    Cartoonkini by Zunar

    Taken from Malaysiakini










    Pakatan Rakyat tubuh Jawatankuasa Kabinet


    Bagi memastikan prestasi bermutu ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, gagasan politik itu mewujudkan jawatankuasa khas mengikut portfolio kementerian tertentu. Langkah ini diambil bagi membantu persediaan wakil-wakil rakyat dan memantapkan kualiti perbahasan di Parlimen. Dan tugasan pertama jawatankuasa ini adalah untuk memastikan persediaan yang rapi menghadapi sesi belanjawan pada bulan Oktober depan.

    Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian:

    JABATAN PERDANA MENTERI
    PKR - Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Mohamed Azmin Ali (Gombak), Sivarasa Rasiah (Subang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak), William Leong (Selayang), Ahmad Kasim (Kuala Kedah), Fuziah Salleh (Kuantan)
    Pas - Abdul Hadi AWang (Marang), Nasharudin Mat Isa (Bachok), Salahuddin Ayub (Kubang Kerian), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Taib Azamudden Md. Taib (Baling), Khalid Samad (Shah Alam)
    DAP - Lim Kit Siang (Ipoh Timor), Ngeh Koo Ham (Beruas), Hiew King Chiew (Kota Kinabalu), John Fernandez (Seremban)

    KEMENTERIAN DALAM NEGERI
    PKR – Johari Abdul (Sungai Petani)
    Pas – Salahuddin Ayub (Kubang Kerian)
    DAP - Karpal Singh (Bukit Gelugor)

    KEMENTERIAN KEWANGAN
    PKR – Mohamed Azmin Ali (Gombak)
    Pas – Dr Dzulkefly Amad (Kuala Selangor)
    DAP – Lim Guan Eng (Bagan)

    KEMENTERIAN PERTAHANAN
    PKR – Saifuddin Nasution Ismail (Machang)
    Pas – Muhammad Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang)
    DAP – Liew Chin Tong (Bukit Bendera)

    KEMENTERIAN PELAJARAN
    PKR – Yusmadi Yusof (Balik Pulau)
    Pas – Che Uda Che Nik (Sik)
    DAP – Chong Eng (Bukit Mertajam)

    KEMENTERIAN KERJA RAYA
    PKR – Kamarul Bahrin Abbas (Teluk Kemang)
    Pas – Mahfuz Omar (Pokok Sena)
    DAP – Gobind Singh Deo (Puchong)

    KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
    PKR – Azan Ismail (Indera Mahkota)
    Pas – Dr Mohd Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu)
    DAP – Jeff Ooi (Jelutong)

    KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
    PKR – Zuraida Kamaruddin (Ampang)
    Pas – Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang)
    DAP – Fong Po Kuan (Batu Gajah)

    KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
    PKR – Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru)
    Pas – Khalid Samad (Shah Alam)
    DAP – Tan Kok Wai (Cheras)

    KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI
    PKR – Rashid Din (Merbok)
    Pas – Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu)
    DAP – Er Teck Hwa (Bakri)

    KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
    PKR – Chua Tian Chang (Batu)
    Pas – Nasir Zakaria (Padang Terap)
    DAP – Charles Anthony Santiago (Klang)

    KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
    PKR – William Leong (Selayang)
    Pas – Dr Mohd Hatta Ramli
    DAP – Teresa Kok

    KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
    PKR – Ahmad Kassim (Kuala Kedah)
    Pas – Taib Azamudeen Md Taib (Baling)
    DAP – Sim Tong Him (Kota Melaka)

    KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
    PKR – Amran Abdul Ghani (Tanah Merah)
    Pas – Mahfuz Omar (Pokok Sena)
    DAP – Teo Nie Ching (Serdang)

    KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
    PKR – Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat)
    Pas – Muhammad Husain (Pasir Puteh)
    DAP – M Kulasegaran (Ipoh Barat)

    KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
    PKR – Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai)
    Pas – Che Rosli Che Mat (Hulu Langat)
    DAP – Chow Kon Yeow (Tanjong)

    KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
    PKR – Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan)
    Pas – Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja)
    DAP – Nga Kor Ming (Taiping)

    KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
    PKR – Abdul Aziz Kadir (Ketereh)
    Pas – Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkalan Chepa)
    DAP – M Manogaran (Telok Intan)

    KEMENTERIAN LUAR NEGERI
    PKR – Sivarasa Rasiah (Subang)
    Pas – Kamarudin Jaafar (Tumpat)
    DAP – P Ramasamy (Batu Kawan)

    KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
    PKR – Tan Tee Beng (Nibong Tebal)
    Pas – Mohd Firdaus Ja’afar (Jerai)
    DAP – Anthony Loke Siew Fook (Rasah)

    KEMENTERIAN KESIHATAN
    PKR – Dr Lee Boon Chye (Gopeng)
    Pas – Dr Mohd Hayati Othman (Pendang)
    DAP – Dr Tan Seng Giaw (Kepong)

    KEMENTERIAN PELANCONGAN
    PKR – Manikavasagam Sundaram (Kapar)
    Pas – Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu)
    DAP – Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

    KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
    PKR – Wee Choo Keong (Wangsa Maju)
    Pas – Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa)
    DAP – Lim Lip Eng (Segambut)

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
    PKR – Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Baharu)
    Pas – Salahuddin Ayub (Kubang Kerian)
    DAP – Tony Pua Kiam Wee (Petaling Jaya Utara)

    KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
    PKR – Gobalakrishnan Nagapan (Padang Serai)
    Pas – Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)
    DAP – Chong Chien Jen (Bandar Kuching)

    Blog Widget by LinkWithin
    "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Hujurat:6)

      © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP